Thursday, 26 May 2016

KULIAH KETIGA (3/3/2016)

PERSEPSI-LOGIK & ASAS BERFIKIR


Bismillah

Assalamu'alaikum w.b.t

Pertama dan selamanya, alhamdulillah bersyukur kepadaNya atas segala kurniaan yang tiada terhingga kiraannya kepada kita.. Terutamanya nikmat Islam dan Iman. Serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabat yang dikasihi dan dirindui. :)


Untuk kuliah hari ini, kami didedahkan tentang persepsi dan logik. Kedua-dua perkataan ini merupakan tahap untuk berfikir. Ini bermaksud, manusia menjalankan proses berfikir menggunakan akal yang mana akhirnya menghasilkan persepsi dan logik. Kedua-dua tahap ini saling memerlukan. 

Pertama sekali, mari kita fahamkan tentang persepsi itu bagaimana melalui peta minda yang reka berdasarkan nota kuliah di bawah. 


Secara ringkasnya, bagi saya persepsi ini akan terhasil apabila manusia berfikir berfikir berdasarkan apa yang pacainderanya terkesan. Secara psikologinya, deria manusia dirangsang oleh stimulus (objek, keadaan, bau, dan sebagainya yang menyebabkan pacaindera terkesan), seterusnya otak menerima maklumat daripada rangsangan deria dan otak mengintepretasikan maklumat itu tentang apa dan akhirnya maklumat tersebut dihantar semula ke deria untuk membuat tindakan. Bagi jenis-jenis persepsi pula, kita dapat lihat manusia boleh mempunyai satu atau lebih jenis. Bagi saya, saya seorang yang bersifat visual sebab saya lebih suka melihat apa yang ada di depan saya berbanding mendengar (hehe). Antara ciri-ciri gaya belajar bagi tiga jenis persepsi boleh lihat di bawah.


Ciri-ciri gaya belajar visual :
  1. Bicara agak cepat
  2. Mementingkan penampilan dalam berpakaian/presentasi
  3. Tidak mudah terganggu oleh keributan
  4. Mengingat yang dilihat, dari pada yang didengar
  5. Lebih suka membaca dari pada dibacakan
  6. Pembaca cepat dan tekun
  7. Seringkali mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih kata-kata
  8. Lebih suka melakukan demonstrasi dari pada pidato
  9. Lebih suka musik dari pada seni
  10. Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis, dan seringkali minta bantuan orang untuk mengulanginya.



Ciri-ciri gaya belajar auditori :
  1. Saat bekerja suka bicara kepada diri sendiri
  2. Penampilan rapi
  3. Mudah terganggu oleh keributan
  4. Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan dari pada yang dilihat
  5. Senang membaca dengan keras dan mendengarkan
  6. Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca
  7. Biasanya ia pembicara yang fasih
  8. Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya
  9. Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
  10. Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan Visual
  11. Berbicara dalam irama yang terpola
  12. Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, berirama dan warna suara



Ciri-ciri gaya belajar kinestetik :
  1. Berbicara perlahan
  2. Penampilan rapi
  3. Tidak terlalu mudah terganggu dengan situasi keributan
  4. Belajar melalui memanipulasi dan praktek
  5. Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
  6. Menggunakan jari sebagai petunjuk ketika membaca
  7. Merasa kesulitan untuk menulis tetapi hebat dalam bercerita
  8. Menyukai buku-buku dan mereka mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh saat membaca
  9. Menyukai permainan yang menyibukkan
  10. Tidak dapat mengingat geografi, kecuali jika mereka memang pernah berada di tempat itu
  11. Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka
  12. Menggunakan kata-kata yang mengandung aksi

(sumber: https://nuritaputranti.wordpress.com/2007/12/28/gaya-belajar-anda-visual-auditori-atau-kinestetik/)

Jadi, manusia akan membuat persepsi berdasarkan tiga jenis kebolehan seperti di atas. Perlu kita tahu pendapat atau persepsi yang kita lakukan bersifat berubah-ubah oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi pemikiran kita seperti perbezaan dalam pelbagai aspek, faktor kendiri(self-esteem), mental setting, motivasi diri dan banyak lagi. 

????

Bagaimana pula persepsi boleh dikaitkan dengan logik. Ya! Mereka saling memerlukan kerana persepsi yang kita keluarkan daripada buah fikiran kita bersifat personal di mana kita menjana konsep dan pengertian bagi sesuatu perkara yang kita peroleh melalui deria kita, kemudian logik pula menggunakan set andaian daripada persepsi tadi yang mana set andaian itu memerlukan fakta dan hujah yang menunjukkan bahawa set andaian kita adalah benar. Maka, kita boleh lihat kaitannya antara persepsi dan logik apabila kita memikirkan sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila kita melihat sesuatu kejadian atau apa-apa sahaja. Kemudian, ia membuatkan kita terfikir, dan atas faktor ketidakpuasan hati, maka kita melontarkan pendapat, persepsi atau andaian kita. tetapi untuk meyakinkan orang ramai tentang set andaian kita adalah benar atau boleh diterima, jadi kita perlukan bukti daripada sumber yang benar contohnya daripada Al-quran, kajian daripada jurnal dan sebagainya. :) Tapi bagi saya, kadang kala logik tidak memerlukan bukti. Ini bermaksud persepsi yang kita cuba lontarkan adalah bersumberkan pengalaman yang tidak semua orang lalui dan ada pula sesuatu keadaan yang kita tidak boleh buktikan kerana tidak tahu mengapa ia boleh berlaku tetapi perlu dibincangkan. Selagi persepsi itu boleh diterima akal atau pun ianya relevan, maka ia adalah logik pada pemikiran manusia.

Terdapat dua kaedah logik, iaitu Logik Induktif dan Logik Deduktif seperti gambar rajah di bawah.




Berdasarkan pembacaan saya dalam sumber-sumber yang lain dan bahan kuliah, logik induktif adalah satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada yang khusus malnakala Logik Induktif pula adalah satu proses menyatakan kesimpulan daripada  yang khusus kepada yang umum. Sebagai tambahan, penggunaan logik induktif ini berbahaya kerana prosesnya terlalu cepat dalam menyatakan kesimpulan umum. Sebagai contoh seperti di bawah, 
  1. Epal di Kedai A rasanya manis
  2. Epal di Kedai B rasanya manis
  3. Epal di Kedai C rasanya manis
  4. Jadi, semua epal rasanya manis.

Maka, logik induktif ini bersifat lemah dan tidak bersumberkan ilmiah serta bahaya jika kita mengaplikasikan ia dalam kehidupan dalam menentukan keputusan secara melulu merujuk sumber yang benar.

Bagi Logik Induktif yang kuat contohnya seperti di bawah:
  1. pokok serai perlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
  2. lalang perlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
  3. pokok padi memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
  4. Jadi, semua tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis.

Maka, Logik Induktif di atas adalah kuat kerana semua tumbuhan hijau mengandungi pigmentasi seperti klorofil yang akan menangkap cahaya untuk melakukan proses fotosintesis.

Namun, proses berfikir pada tahap logik juga mempunyai kelemahan seperti:
  • perulangan
  • kongkongan persepsi
  • berat sebelah
  • tidak seimbang
  • pengalaman peribadi
  • kesempurnaan dan keekstreman

Jadi, bagaimana untuk kita mengubah persepsi dan logik yang lemah? 
  1. Luaskan dan dalamkan cara kita melihat sesuatu
  2. Melihat jauh ke depan dan cuba meramalkan pada tindakan kita sekarang itu mestilah berdasarkan fakta.
  3. Pertukaran nilai boleh mengubah persepsi
  4. Banyak lagi. (hehe gurau je)
  5. Banyakkan membaca bahan ilmiah daripada pelbagai sumber yang sahih
  6. Perluaskan skop pembacaan, tidak tertumpu kepada skop yang diminati sahaja
Sebagai kesimpulan, kita hendaklah bijak dalam memikirkan sesuatu persepsi. Persepsi yang baik dan positif akan menguntungkan manusia dan sebaliknya pula, tetapi ada juga persepsi negatif boleh mendatangkan kebaikan, namun, ia bergantung kepada bagaimana ia diterjemahkan secara personal samaada mengambilnya sebagai negatif atau positif. Jadilah orang yang berfikiran luas dalam menerima apa sahaja persepsi yang dilontarkan kepada kita samada baik atau buruk. Perlu diingatkan sebagai seseorang yang berpegang pada agama, persepsi dan logik yang dibuat tidak boleh bercanggah dengan nilai dan agama. Maka, bagi pendapat saya,  dalam membuat keputusan bagi sesuatu perkara,  rujuk lah kepada seseorang yang lebih arif dan yang selalu bersama dengan sumber rujukan yang benar  iaitu Al-Quran & As-Sunnah.

Saya akhiri dengan satu surah Al-quran iaitu, firman Allah:
"Sesungguhnya Al Qur'an ini memberikan petunjuk kepada  yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar." [17:9]

Sekian, Terima kasih.

Sumber:  


  1. https://nuritaputranti.wordpress.com/2007/12/28/gaya-belajar-anda-visual-auditori-atau-kinestetik/)
  2. http://a410090031.blogspot.my/2012/11/bilangan-prima.html
  3. http://serikandimuhibbah11.blogspot.my/2011/12/logik-deduktif-dan-logik-induktif.html
























Wednesday, 25 May 2016

KULIAH KEDUA (25/2/2016)

PHILOSOPHY OF THINKING

Bismillah

Assalamu'alaikum w.b.t

Pertama dan selamanya, alhamdulillah bersyukur kepadaNya atas segala kurniaan yang tiada terhingga kiraannya kepada kita.. Terutamanya nikmat Islam dan Iman. Serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabat yang dikasihi dan dirindui. :)


 Untuk kuliah kali ini, saya ingin berkongsi tetang Falsafah atau bahasa Inggerisnya Philosophy.





Apa itu Falsafah?

Perkataan Philosophy atau falsafah asalnya daripada bahasa greek iaitu philosophos; a) philo bermaksud love b) sophos bermaksud wisdom. Secara bahasanya, orang akan memberi maksud falsafah sebagai prinsip, pemikiran, framework, foundation dan sebagainya. Menurut Sidi Gazalba (1974), falsafah ialah sistem kebenaran tentang segala sesuatu yang diperoleh sebagai hasil daripada berfikir. Falsafah Ilmu digerakkan atas jalan pemikiran iaitu akal. Strategi bagi Falsafah Berfikir (Philosophy of Thinking) yang menggunakan akal hendaklah dijana secara radikal iaitu usaha, sistematik iaitu langkah demi langkah, universal iaitu metod yang digunakan diperoleh daripada pelbagai sumber dan terkawal iaitu akal yang dikawal oleh pelbagai faktor seperti nilai-nilai murni, agama, pengalaman, ideologi dan sebagainya. 


Manusia dan Akal

Manusia... Apa kelebihan manusia? Manusia secara fitrahnya dengan menggunakan akalnya, manusia boleh MENAAKUL  (reasoning) yang mana bagi saya ia bermaksud manusia boleh berfikir secara logik dan rasional untuk sesuatu seperti membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, untuk mengaktifkan sel-sel otak, mencipta idea yang bernas, kerana rasa ingin tahu, skeptisism (ragu-ragu) dan sebagainya. Selain itu, manusia juga boleh mengenal dan menamakan benda. Walaupun, sesuatu benda yang baru ditemui tapi tidak diketahui identitinya, namun manusia masih mampu menamakannya dengan nama sendiri. Sebagai contoh, ahli fizik menemukan satu hukum fizik dan meletakkan nama pada hukum itu dengan namanya sendiri iaitu Newton's Law. di samping itu, manusia boleh beremosi, mengenal dan membandingkan kualiti benda, berfikir tentang masa hadapan dan memahami makna sesuatu.
 
Terdapat tiga sumber apabila manusia berfikir untuk mencari kebenaran ialah agama, falsafah, dan sains. Bilamana manusia berfikir mencari kebenaran berdasarkan agama, ia adalah sesuatu yang jelas iaitu benar. Manakala falsafah dan sains, kebenarannya adalah merujuk kepada tiga aspek iaitu pertama secara relatif iaitu kebenaran yang dicari boleh dipengaruhi oleh banyak faktor, kedua secara spekulatif iaitu kebenaran yang dicari melalui andaian dan ketiga secara objektif iaitu mencari kebenaran hanya untuk mencapai sebab-sebab tertentu.



Hakikatya, terdapat kelemahan pada manusia dan akalnya. Antaranya manusia suka membuat streotaip, meremehkan perkara yang penting, susah untuk berfikir di luar kotak suka mengkritik dan lain-lain. Kesannya, manusia malas untuk berfikir dan tidak maju. Bagi saya faktornya ialah manusia kurang membaca maka kurang sumber pengetahuan, tidak sensitif pada masalah sekeliling, dan kurang keyakinan diri. 






Selain itu, di dalam kuliah ini kami diminta untuk membuat perbincangan tentang falsafah-falsafah barat atau major philosophical school of thoughts. Antaranya ialah:

EMPIRICISM
RATIONALISM
IDEALISM
POSITIVISM
MATERIALISM
SCEPTICISM
SECULAR HUMANISM
 DETERMINISM
HEDONISM

 Ok. Jadi, apa yang saya dapat pada hari ini sangat banyak. Pentingnya untuk kita menggunakan akal kita untuk berfikir selalu selain untuk kegunaan pendidikan semata bahkan untuk kita berfikir tentang kebenaran hidup. Terserah kita untuk memilih cara yang bagaimana atau sumber untuk berfikir. Bahkan Tuhan sendiri memberi kita pilihan dalam menentukan kehidupan kita di dunia ini walaupun semuanya sudah diaturkan sejak azali. Seperti firman Allah dalam surah as-Syams ayat 8 hingga 10:

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;(8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)(10)."


Sekian, Terima kasih.



KULIAH PERTAMA (18/2/2016)

Bismillah

Assalamu'alaikum w.b.t

Pertama dan selamanya, alhamdulillah bersyukur kepadaNya atas segala kurniaan yang tiada terhingga kiraannya kepada kita.. Terutamanya nikmat Islam dan Iman. Serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabat yang dikasihi dan dirindui. :)

Ini adalah blog saya yang pertama iaitu tentang  kuliah pertama bagi subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif. Kuliah pertama, semestinya terasa gemuruh menanti kedatangan pensyarah bukan. Pelbagai expectations yang saya fikir tentang ciri-ciri pensyarah. Sebagai seorang pelajar, pastinya mahukan pensyarah yang baik, tidak garang, cool, sporting, tidak strict untuk menilai, boleh bagi markah lebih (hehe) dan lain-lain. Akhirnya, saya mendapati pensyarah kami seorang yang cool, sporting, kelakar(hehe) dan baik. Alhamdulillah. Maka, bermulalah kuliah kami bersama Dr. Mohd Nasir Masroom untuk sepanjang semestar ini. Saya bersyukur sebab Dr. Nasir menggunakan dwi-bahasa dalam kuliah (hehe).


Hari ini apa yang saya nak kongsikan ialah tentang subjek ini. Seperti biasa kita mesti ada expectation untuk sesuatu yang baru bukan. Bagi saya, pertama kalinya saya rasa subjek ini mesti susah sebab ada perkataan pemikiran dan kritis. Saya memikirkan subjek ini memerlukan saya dan memaksa saya untuk berfikir secara mendalam. Sedangkan saya seorang yang tidak suka untuk memaksa diri apatah lagi untuk berfikir dengan kritis. Tetapi, apabila saya mendapati latar belakang subjek ini, sebenarnya ia  adalah untuk mengkaji konsep, teori dan amalan pemikiran kritis dan kreatif. Teknik kepada pemikiran kritis dan kreatif dapat membantu pelajar untuk menjadi lebih realistik , inovatif dan berpandangan jauh dalam tindakan mereka. Ini adalah jenis pendekatan yang membina untuk membangunkan pemikiran pelajar untuk lebih matang dan intelek sebagai graduan. Jadi, kita boleh lihat kepentingan subjek ini untuk setiap pelajar agar menjadi seorang yang lebih realistik , inovatif dan berpandangan jauh dalam tindakan kita. 


 Sebab kadang kala, kita bole lihat org di luar sana. Ada yang umurnya lebih tua tapi tidak bertindak seperi orang yang berumur atau tidak bertindak secara matang. Manakala, ada yang berusia muda tapi tindak-tanduknya seperti orang yang sudah makan garam banyak. ehh faham ke? Maksud saya bertindak secara matang. Bagi saya, ini menunjukkan kepentingan seseorang untuk mampu berfikir secara kritis dan kreatif agar kita sebagai pelajar lebih bijak mengatur kehidupan secara realistik dan releven. Jadi, saya nampak betapa pentingnya untuk kita berfikir dahulu sebelum berfikir secara kritis dan kreatif.

Teringat saya akan kata-kata suci Allah SWT yang mana Allah menyeru hamba-hambaNya untuk berfikir. Sebagai contoh ayat dalam surah Al-'Araf ayat ke-176. Allah berfirman:

   "Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang- orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."


Pastinya, kata-kata suci Allah menyeru kita berfikir agar kita mencari kebenaran dalam kehidupan. Maka, kemahiran untuk mengaplikasikan pemikiran secara kritis dan kreatif mampu mewarnai kehidupan kita agar kita menjadi orang yang realistik dan pratikal.



Akhir kata, kita perlu rajin berfikir kerana bila mana kita selalu berfikir maka kita akan temui jalan penyelesaian dan menemui kebenaran yang kita cari dalam hidup iaitu tentang tujuan hidup kita. Maka, beruntung lah bagi orang yang berfikir. Tapi, di mana kita mahu cari sumber untuk berfikir? Lihat la di keindahan alam, renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.





Sekian. Terima kasih. Semoga memperoleh manfaat.