Wednesday, 25 May 2016

KULIAH KEDUA (25/2/2016)

PHILOSOPHY OF THINKING

Bismillah

Assalamu'alaikum w.b.t

Pertama dan selamanya, alhamdulillah bersyukur kepadaNya atas segala kurniaan yang tiada terhingga kiraannya kepada kita.. Terutamanya nikmat Islam dan Iman. Serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabat yang dikasihi dan dirindui. :)


 Untuk kuliah kali ini, saya ingin berkongsi tetang Falsafah atau bahasa Inggerisnya Philosophy.





Apa itu Falsafah?

Perkataan Philosophy atau falsafah asalnya daripada bahasa greek iaitu philosophos; a) philo bermaksud love b) sophos bermaksud wisdom. Secara bahasanya, orang akan memberi maksud falsafah sebagai prinsip, pemikiran, framework, foundation dan sebagainya. Menurut Sidi Gazalba (1974), falsafah ialah sistem kebenaran tentang segala sesuatu yang diperoleh sebagai hasil daripada berfikir. Falsafah Ilmu digerakkan atas jalan pemikiran iaitu akal. Strategi bagi Falsafah Berfikir (Philosophy of Thinking) yang menggunakan akal hendaklah dijana secara radikal iaitu usaha, sistematik iaitu langkah demi langkah, universal iaitu metod yang digunakan diperoleh daripada pelbagai sumber dan terkawal iaitu akal yang dikawal oleh pelbagai faktor seperti nilai-nilai murni, agama, pengalaman, ideologi dan sebagainya. 


Manusia dan Akal

Manusia... Apa kelebihan manusia? Manusia secara fitrahnya dengan menggunakan akalnya, manusia boleh MENAAKUL  (reasoning) yang mana bagi saya ia bermaksud manusia boleh berfikir secara logik dan rasional untuk sesuatu seperti membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, untuk mengaktifkan sel-sel otak, mencipta idea yang bernas, kerana rasa ingin tahu, skeptisism (ragu-ragu) dan sebagainya. Selain itu, manusia juga boleh mengenal dan menamakan benda. Walaupun, sesuatu benda yang baru ditemui tapi tidak diketahui identitinya, namun manusia masih mampu menamakannya dengan nama sendiri. Sebagai contoh, ahli fizik menemukan satu hukum fizik dan meletakkan nama pada hukum itu dengan namanya sendiri iaitu Newton's Law. di samping itu, manusia boleh beremosi, mengenal dan membandingkan kualiti benda, berfikir tentang masa hadapan dan memahami makna sesuatu.
 
Terdapat tiga sumber apabila manusia berfikir untuk mencari kebenaran ialah agama, falsafah, dan sains. Bilamana manusia berfikir mencari kebenaran berdasarkan agama, ia adalah sesuatu yang jelas iaitu benar. Manakala falsafah dan sains, kebenarannya adalah merujuk kepada tiga aspek iaitu pertama secara relatif iaitu kebenaran yang dicari boleh dipengaruhi oleh banyak faktor, kedua secara spekulatif iaitu kebenaran yang dicari melalui andaian dan ketiga secara objektif iaitu mencari kebenaran hanya untuk mencapai sebab-sebab tertentu.



Hakikatya, terdapat kelemahan pada manusia dan akalnya. Antaranya manusia suka membuat streotaip, meremehkan perkara yang penting, susah untuk berfikir di luar kotak suka mengkritik dan lain-lain. Kesannya, manusia malas untuk berfikir dan tidak maju. Bagi saya faktornya ialah manusia kurang membaca maka kurang sumber pengetahuan, tidak sensitif pada masalah sekeliling, dan kurang keyakinan diri. 






Selain itu, di dalam kuliah ini kami diminta untuk membuat perbincangan tentang falsafah-falsafah barat atau major philosophical school of thoughts. Antaranya ialah:

EMPIRICISM
RATIONALISM
IDEALISM
POSITIVISM
MATERIALISM
SCEPTICISM
SECULAR HUMANISM
 DETERMINISM
HEDONISM

 Ok. Jadi, apa yang saya dapat pada hari ini sangat banyak. Pentingnya untuk kita menggunakan akal kita untuk berfikir selalu selain untuk kegunaan pendidikan semata bahkan untuk kita berfikir tentang kebenaran hidup. Terserah kita untuk memilih cara yang bagaimana atau sumber untuk berfikir. Bahkan Tuhan sendiri memberi kita pilihan dalam menentukan kehidupan kita di dunia ini walaupun semuanya sudah diaturkan sejak azali. Seperti firman Allah dalam surah as-Syams ayat 8 hingga 10:

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;(8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)(10)."


Sekian, Terima kasih.



No comments:

Post a Comment