Thursday 26 May 2016

KULIAH KETIGA (3/3/2016)

PERSEPSI-LOGIK & ASAS BERFIKIR


Bismillah

Assalamu'alaikum w.b.t

Pertama dan selamanya, alhamdulillah bersyukur kepadaNya atas segala kurniaan yang tiada terhingga kiraannya kepada kita.. Terutamanya nikmat Islam dan Iman. Serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabat yang dikasihi dan dirindui. :)


Untuk kuliah hari ini, kami didedahkan tentang persepsi dan logik. Kedua-dua perkataan ini merupakan tahap untuk berfikir. Ini bermaksud, manusia menjalankan proses berfikir menggunakan akal yang mana akhirnya menghasilkan persepsi dan logik. Kedua-dua tahap ini saling memerlukan. 

Pertama sekali, mari kita fahamkan tentang persepsi itu bagaimana melalui peta minda yang reka berdasarkan nota kuliah di bawah. 


Secara ringkasnya, bagi saya persepsi ini akan terhasil apabila manusia berfikir berfikir berdasarkan apa yang pacainderanya terkesan. Secara psikologinya, deria manusia dirangsang oleh stimulus (objek, keadaan, bau, dan sebagainya yang menyebabkan pacaindera terkesan), seterusnya otak menerima maklumat daripada rangsangan deria dan otak mengintepretasikan maklumat itu tentang apa dan akhirnya maklumat tersebut dihantar semula ke deria untuk membuat tindakan. Bagi jenis-jenis persepsi pula, kita dapat lihat manusia boleh mempunyai satu atau lebih jenis. Bagi saya, saya seorang yang bersifat visual sebab saya lebih suka melihat apa yang ada di depan saya berbanding mendengar (hehe). Antara ciri-ciri gaya belajar bagi tiga jenis persepsi boleh lihat di bawah.


Ciri-ciri gaya belajar visual :
  1. Bicara agak cepat
  2. Mementingkan penampilan dalam berpakaian/presentasi
  3. Tidak mudah terganggu oleh keributan
  4. Mengingat yang dilihat, dari pada yang didengar
  5. Lebih suka membaca dari pada dibacakan
  6. Pembaca cepat dan tekun
  7. Seringkali mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih kata-kata
  8. Lebih suka melakukan demonstrasi dari pada pidato
  9. Lebih suka musik dari pada seni
  10. Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis, dan seringkali minta bantuan orang untuk mengulanginya.



Ciri-ciri gaya belajar auditori :
  1. Saat bekerja suka bicara kepada diri sendiri
  2. Penampilan rapi
  3. Mudah terganggu oleh keributan
  4. Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan dari pada yang dilihat
  5. Senang membaca dengan keras dan mendengarkan
  6. Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca
  7. Biasanya ia pembicara yang fasih
  8. Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya
  9. Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
  10. Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan Visual
  11. Berbicara dalam irama yang terpola
  12. Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, berirama dan warna suara



Ciri-ciri gaya belajar kinestetik :
  1. Berbicara perlahan
  2. Penampilan rapi
  3. Tidak terlalu mudah terganggu dengan situasi keributan
  4. Belajar melalui memanipulasi dan praktek
  5. Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
  6. Menggunakan jari sebagai petunjuk ketika membaca
  7. Merasa kesulitan untuk menulis tetapi hebat dalam bercerita
  8. Menyukai buku-buku dan mereka mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh saat membaca
  9. Menyukai permainan yang menyibukkan
  10. Tidak dapat mengingat geografi, kecuali jika mereka memang pernah berada di tempat itu
  11. Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka
  12. Menggunakan kata-kata yang mengandung aksi

(sumber: https://nuritaputranti.wordpress.com/2007/12/28/gaya-belajar-anda-visual-auditori-atau-kinestetik/)

Jadi, manusia akan membuat persepsi berdasarkan tiga jenis kebolehan seperti di atas. Perlu kita tahu pendapat atau persepsi yang kita lakukan bersifat berubah-ubah oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi pemikiran kita seperti perbezaan dalam pelbagai aspek, faktor kendiri(self-esteem), mental setting, motivasi diri dan banyak lagi. 

????

Bagaimana pula persepsi boleh dikaitkan dengan logik. Ya! Mereka saling memerlukan kerana persepsi yang kita keluarkan daripada buah fikiran kita bersifat personal di mana kita menjana konsep dan pengertian bagi sesuatu perkara yang kita peroleh melalui deria kita, kemudian logik pula menggunakan set andaian daripada persepsi tadi yang mana set andaian itu memerlukan fakta dan hujah yang menunjukkan bahawa set andaian kita adalah benar. Maka, kita boleh lihat kaitannya antara persepsi dan logik apabila kita memikirkan sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila kita melihat sesuatu kejadian atau apa-apa sahaja. Kemudian, ia membuatkan kita terfikir, dan atas faktor ketidakpuasan hati, maka kita melontarkan pendapat, persepsi atau andaian kita. tetapi untuk meyakinkan orang ramai tentang set andaian kita adalah benar atau boleh diterima, jadi kita perlukan bukti daripada sumber yang benar contohnya daripada Al-quran, kajian daripada jurnal dan sebagainya. :) Tapi bagi saya, kadang kala logik tidak memerlukan bukti. Ini bermaksud persepsi yang kita cuba lontarkan adalah bersumberkan pengalaman yang tidak semua orang lalui dan ada pula sesuatu keadaan yang kita tidak boleh buktikan kerana tidak tahu mengapa ia boleh berlaku tetapi perlu dibincangkan. Selagi persepsi itu boleh diterima akal atau pun ianya relevan, maka ia adalah logik pada pemikiran manusia.

Terdapat dua kaedah logik, iaitu Logik Induktif dan Logik Deduktif seperti gambar rajah di bawah.




Berdasarkan pembacaan saya dalam sumber-sumber yang lain dan bahan kuliah, logik induktif adalah satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada yang khusus malnakala Logik Induktif pula adalah satu proses menyatakan kesimpulan daripada  yang khusus kepada yang umum. Sebagai tambahan, penggunaan logik induktif ini berbahaya kerana prosesnya terlalu cepat dalam menyatakan kesimpulan umum. Sebagai contoh seperti di bawah, 
  1. Epal di Kedai A rasanya manis
  2. Epal di Kedai B rasanya manis
  3. Epal di Kedai C rasanya manis
  4. Jadi, semua epal rasanya manis.

Maka, logik induktif ini bersifat lemah dan tidak bersumberkan ilmiah serta bahaya jika kita mengaplikasikan ia dalam kehidupan dalam menentukan keputusan secara melulu merujuk sumber yang benar.

Bagi Logik Induktif yang kuat contohnya seperti di bawah:
  1. pokok serai perlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
  2. lalang perlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
  3. pokok padi memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
  4. Jadi, semua tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis.

Maka, Logik Induktif di atas adalah kuat kerana semua tumbuhan hijau mengandungi pigmentasi seperti klorofil yang akan menangkap cahaya untuk melakukan proses fotosintesis.

Namun, proses berfikir pada tahap logik juga mempunyai kelemahan seperti:
  • perulangan
  • kongkongan persepsi
  • berat sebelah
  • tidak seimbang
  • pengalaman peribadi
  • kesempurnaan dan keekstreman

Jadi, bagaimana untuk kita mengubah persepsi dan logik yang lemah? 
  1. Luaskan dan dalamkan cara kita melihat sesuatu
  2. Melihat jauh ke depan dan cuba meramalkan pada tindakan kita sekarang itu mestilah berdasarkan fakta.
  3. Pertukaran nilai boleh mengubah persepsi
  4. Banyak lagi. (hehe gurau je)
  5. Banyakkan membaca bahan ilmiah daripada pelbagai sumber yang sahih
  6. Perluaskan skop pembacaan, tidak tertumpu kepada skop yang diminati sahaja
Sebagai kesimpulan, kita hendaklah bijak dalam memikirkan sesuatu persepsi. Persepsi yang baik dan positif akan menguntungkan manusia dan sebaliknya pula, tetapi ada juga persepsi negatif boleh mendatangkan kebaikan, namun, ia bergantung kepada bagaimana ia diterjemahkan secara personal samaada mengambilnya sebagai negatif atau positif. Jadilah orang yang berfikiran luas dalam menerima apa sahaja persepsi yang dilontarkan kepada kita samada baik atau buruk. Perlu diingatkan sebagai seseorang yang berpegang pada agama, persepsi dan logik yang dibuat tidak boleh bercanggah dengan nilai dan agama. Maka, bagi pendapat saya,  dalam membuat keputusan bagi sesuatu perkara,  rujuk lah kepada seseorang yang lebih arif dan yang selalu bersama dengan sumber rujukan yang benar  iaitu Al-Quran & As-Sunnah.

Saya akhiri dengan satu surah Al-quran iaitu, firman Allah:
"Sesungguhnya Al Qur'an ini memberikan petunjuk kepada  yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar." [17:9]

Sekian, Terima kasih.

Sumber:  


  1. https://nuritaputranti.wordpress.com/2007/12/28/gaya-belajar-anda-visual-auditori-atau-kinestetik/)
  2. http://a410090031.blogspot.my/2012/11/bilangan-prima.html
  3. http://serikandimuhibbah11.blogspot.my/2011/12/logik-deduktif-dan-logik-induktif.html
























No comments:

Post a Comment