Bismillah
Assalamu'alaikum w.b.t
Pertama dan selamanya, alhamdulillah bersyukur kepadaNya atas segala kurniaan yang tiada terhingga kiraannya kepada kita.. Terutamanya nikmat Islam dan Iman. Serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabat yang dikasihi dan dirindui. :)
Ini adalah blog saya yang pertama iaitu tentang kuliah pertama bagi subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif. Kuliah pertama, semestinya terasa gemuruh menanti kedatangan pensyarah bukan. Pelbagai expectations yang saya fikir tentang ciri-ciri pensyarah. Sebagai seorang pelajar, pastinya mahukan pensyarah yang baik, tidak garang, cool, sporting, tidak strict untuk menilai, boleh bagi markah lebih (hehe) dan lain-lain. Akhirnya, saya mendapati pensyarah kami seorang yang cool, sporting, kelakar(hehe) dan baik. Alhamdulillah. Maka, bermulalah kuliah kami bersama Dr. Mohd Nasir Masroom untuk sepanjang semestar ini. Saya bersyukur sebab Dr. Nasir menggunakan dwi-bahasa dalam kuliah (hehe).
Hari ini apa yang saya nak kongsikan ialah tentang subjek ini. Seperti biasa kita mesti ada expectation untuk sesuatu yang baru bukan. Bagi saya, pertama kalinya saya rasa subjek ini mesti susah sebab ada perkataan pemikiran dan kritis. Saya memikirkan subjek ini memerlukan saya dan memaksa saya untuk berfikir secara mendalam. Sedangkan saya seorang yang tidak suka untuk memaksa diri apatah lagi untuk berfikir dengan kritis. Tetapi, apabila saya mendapati latar belakang subjek ini, sebenarnya ia adalah untuk mengkaji konsep, teori dan amalan
pemikiran kritis dan kreatif. Teknik kepada pemikiran kritis dan kreatif dapat
membantu pelajar untuk menjadi lebih realistik , inovatif dan berpandangan jauh
dalam tindakan mereka. Ini adalah jenis pendekatan yang membina untuk
membangunkan pemikiran pelajar untuk lebih matang dan intelek sebagai graduan. Jadi, kita boleh lihat kepentingan subjek ini untuk setiap pelajar agar menjadi seorang yang lebih realistik , inovatif dan berpandangan jauh
dalam tindakan kita.
Sebab kadang kala, kita bole lihat org di luar sana. Ada yang umurnya lebih tua tapi tidak bertindak seperi orang yang berumur atau tidak bertindak secara matang. Manakala, ada yang berusia muda tapi tindak-tanduknya seperti orang yang sudah makan garam banyak. ehh faham ke? Maksud saya bertindak secara matang. Bagi saya, ini menunjukkan kepentingan seseorang untuk mampu berfikir secara kritis dan kreatif agar kita sebagai pelajar lebih bijak mengatur kehidupan secara realistik dan releven. Jadi, saya nampak betapa pentingnya untuk kita berfikir dahulu sebelum berfikir secara kritis dan kreatif.
Teringat saya akan kata-kata suci Allah SWT yang mana Allah menyeru hamba-hambaNya untuk berfikir. Sebagai contoh ayat dalam surah Al-'Araf ayat ke-176. Allah berfirman:
"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya
dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan
hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu
menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia
mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang- orang
yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka)
kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
Pastinya, kata-kata suci Allah menyeru kita berfikir agar kita mencari kebenaran dalam kehidupan. Maka, kemahiran untuk mengaplikasikan pemikiran secara kritis dan kreatif mampu mewarnai kehidupan kita agar kita menjadi orang yang realistik dan pratikal.
Akhir kata, kita perlu rajin berfikir kerana bila mana kita selalu berfikir maka kita akan temui jalan penyelesaian dan menemui kebenaran yang kita cari dalam hidup iaitu tentang tujuan hidup kita. Maka, beruntung lah bagi orang yang berfikir. Tapi, di mana kita mahu cari sumber untuk berfikir? Lihat la di keindahan alam, renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.
Sekian. Terima kasih. Semoga memperoleh manfaat.
No comments:
Post a Comment